skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
skha
Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Archivo del blog

  • ▼ 2012 (5)
    • ▼ March (4)
      • Bantuan KWAMP 2012
      • Watikah Perlantikan Pengawas dan Pustakawan Sekola...
      • Sambutan Hari Maulidurrasul 2012
      • Mesyuarat PIBG
    • ► February (1)
  • ► 2011 (7)
    • ► December (7)

Followers

SKHA's Blog List

  • Panitia Sains SK Hashim Awang
    Asid dan Alkali
    12 years ago

Pages

  • Home

Lagu Sekolah Kebangsaan Hashim Awang

Kami putra putri sekolah ini
Bangun jayakan usaha murni
Dengan tekad dan doa
Murid guru bersatu

Pelajaran sukan dan seni
Displin diri menjadi kunci
Agama jadi pegangan kami
Untuk berbudi kemudian hari

Merah kuning hijau dan biru
Warna sekolahku yang satu
SKHA tetap di hati
Ilmu panduan hidup kami

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Labels

  • Bantuan KWAMP (1)
  • Maulidurrasul 2012 (1)
  • Merentas Desa 2012 (1)
  • ORIENTASI TAHUN 1 (1)
  • Watikah Lembaga Pengawas dan Pustakawan (1)

Dummy Text

..Sekolah Kebangsaan Hashim Awang..

Jalan Sekolah 13200 Kepala Batas, Malaysia

Sunday, 4 March 2012

Bantuan KWAMP 2012


29 Febuari 2012 - Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM bagi murid miskin SKHA telah berlangsung di Dewan Harmoni SKHA. Seramai 68  orang murid telah terpilih untuk menerima bantuan tersebut.

Dengan bantuan tersebut, sedikit sebanyak dapat meringankan perbelanjaan  persekolahan anak-anak.
Dalam majlis tersebut, YDP PIBG , En. Zuraidi Mohd Zain turut serta memeriahkan majlis tersebut. En. Zuraidi mengingatkan ibu bapa supaya membelanjakan wang bantuan tersebut dengan bijaksana dan hanya untuk pelajaran anak-anak.
 

En. Helmi yang mewakili YB Hjh Zabariah Wahab telah menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapannya , En Helmi menegaskan betapa prihatinnya kerajaan terhadap golongan miskin. Kerajaan telah mengadakan berbagai program untuk membantu rakyat yang miskin.
 
Puan Siti Zarina Abdullah selaku Pengerusi Bantuan KWAPM SKHA mengucapkan terima kasih kepada En. Helmi yang sudi hadir merasmikan majlis begitu juga kepada YDP PIBG dan barisan Jawatankuasa yang menganjurkan majlis tersebut yang telah berjalan dengan lancar.

Posted by skha at 9:39 pm 0 comments
Labels: Bantuan KWAMP

Watikah Perlantikan Pengawas dan Pustakawan Sekolah 2012

13 Febuari 2012— Sebuah majlis yang bersejarah buat Lembaga Pengawas dan Pustakawan SKHA. Pada hari tersebut mereka telah diberi pengiktirafan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengawas dan pustakawan sekolah.


Watikah ini telah disampaikan oleh Pegawai Polis dari IPD Kepala Batas, Inspektor Ayub b Abdullah. Semoga dengan perlantikan pengawas ini akan mendidik pelajar menjadi pemimpin di masa hadapan. En. Ayob yang juga bapa angkat sekolah menasihati pelajar sekolah supaya jangan terlibat dalam gejala social dan jenayah.Beliau juga berharap agar kerjasama yang erat antara sekolah dan pihak sekolah akan dapat membendung gejala social yang semakin mencabar.
 

Posted by skha at 9:21 pm 0 comments
Labels: Watikah Lembaga Pengawas dan Pustakawan

Sambutan Hari Maulidurrasul 2012


11 Febuari 2012— Nabi Muhammad adalah kekasih Allah yang telah membawa rahmat semesta alam. Pancaran Hidayah telah melenyapkan kegelapan. Daripada jahil kepada kebenaran. Manusia agong ini telah menyelamat insan daripada kekufuran kepada keimanan. Maka sewajarnyalah kita menyambut hari keputraan Baginda dengan penuh kesyukuran

 
Majlis diadakan dengan berselawat beramai-ramai di dewan terbuka.


    Memeriahkan lagi majlis, siri ceramah agama telah diadakan. Ceramah Maulid nabi kali ini disampaikan oleh Ustaz Anas dari IPG Tengku Bainun.


     Apa yang menarik tahun ini kumpulan berzanji turut mengalunkan qhosidah memuji keperbadian Nabi Muhammad s.a.w. Kumpulan berzanji ini adalah terdiri daripada guru prakrikum yang menjalani latihan di SKHA.
 

Tidak ketinggalan juga para pelajar SKHA turut mendendangkan persembahan nasyid. Nasyid-nasyid ini adalah bertemakan akhlak nabi yang mulia. Semoga sambutan Maulid Nabi ini akan menanam semangat cintakan nabi. Cintakan nabi, bererti cintakan sunahnya.

Posted by skha at 8:45 pm 0 comments
Labels: Maulidurrasul 2012

Friday, 2 March 2012

Mesyuarat PIBG



18 Febuari 2012— Mesyuarat Agong PIBG  kali telah di adakan dengan begitu meriah sekali. Kehadiran  ibu bapa dan waris sungguh menggalakan.Majlis kali ini dirasmikan oleh Datok Helmi bin Abdul Rashid. Majlis bermula seawal 8.00 pagi dengan sambutan Dato’ Helmi dengan paluan  kumpulan kompang SKHA
 
Kehadiran ibu bapa begitu ramai menampakkan satu perubahan positif sokongan  dan kepercayaan kepada pentadbiran sekolah dan kepimpinan PIBG

Cikgu Murshida dan Cikgu Nazir adalah pengacara majlis pada hari tersebut.
Majlis hari kali ini di selang seli dengan persembahan murid yang menyampaikan nayid dan persembahan kumpulan genderang.
Penyampaian cenderahati kepada Datok Helmi bin Abdul Rashid.
Dalam ucapan YDP PIBG, En Zuraidi menegaskan bahawa tanpa kerjasama dan sokongan dari ibu bapa kita tidak dapat bergerak dengan lebih maju.
Mesyuarat kali ini diadakan dalam suasana kekeluargaan.

     Dengan perubahan yang telah dilakukan,sekali lagi barisan kepimpinan yang di terajui oleh En. Zuraidi,telah diberi mandat baru memimpin PIBG SKHA bagi sesi 2012/2013. Tahniah kita ucapkan.








Posted by skha at 11:47 am 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod